CONTACT :MOBILE +6014 843 6880 empayar_risma@yahoo.com


Content

Breakfast di Siem Reap

Semasa dalam bas dari Phnom Penh ke Siem Reap apa boleh kami buat ialah tidur dan terus tidur (pastikan anda semua buang air kecil dan besar). Suasana diluar gelap gelita, tiada permandagan yang dapat dinikmati. Kami tiba di Siem Reap awal pagi lebih kurang pukul 6 pagi waktu tempatan. Setibanya kami di stesen bas sedikit terpana..sudahlah baru bangun tidur...tetiba lihat bas memasuki satu kawasan yang ditutupi oleh pagar zink sekelilingnya. ertanya2 samada kami sudah sampai atau belum ke destinasi. Setelah turun dari bas kami terus menghubungi saudara Zakaria (011726886) pemandu Tuk-Tuk kami di Siem Reap. No. Telefon diberi oleh Ustaz Zainal semasa di Phnom Penh. Tambang bas dari Phnom Penh ke Siem Reap ialah 10USD manakala dari Siem Reap ke Phnom Penh ialah 11USD...  emmm pelik tapi benar..syarikat bas yang sama tapi harga tiket berlainan (alasannya tempat turun semasa tiba di Siem Reap di luar kawasan bandar)

Insan dari YienNoor http://www.yiennoor.com/
Insan dari YienNoor http://www.yiennoor.com/

Setibanya saudara Zakaria kami meminta untuk dicarikan kedai untuk sarapan. Lalu kami dibawa ke perkampungan Islam iaitu Kampung Stung Thmey. Pepehal isi perut dulu maklumlah selama 6 jam menaiki bas membuatkan perut kami berkeroncong di pagi hari... Sambil2 makan capai kamera shoot apa2 yang patut. Selepas kenyang dan berehat sebentar, kami terus mencari hotel untuk penginapan semasa di Siem Reap. Akhirnya kami menetap di Hotel Reaksmey Chanreas dengan bayaran 15USD sebilik yang boleh memuatkan 2 orang. Kami terus mandi dan bersiap untuk menuju ke destinasi seterusnya Tonle Sap Lake.






0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.
Netcut && Netcut Defender

72943dda1a07fc0ab2baf685111f03f9